|
18 Feb 2009
|
IT literate |
|
|
15 Feb 2009
|
Hari ini dan semalam |
|
Hari ini :
Valentine’s Day. Apa aku buat? Nothing. Sebab hari ini ramai sangat orang nak gi keluar makan.
So aku, Syam, Pow, Bing, Laloq, Sally, Adik, Ayu dan Aie pergi lepak. Ramai kan? Then suddenly datang idea untuk pergi karaoke. So Pow book bilik kat Musicbox, tingkat 25, Quality Hotel, pukul 12.
Nyanyi nyanyi nyanyi, Arip sampai. Nyanyi nyanyi nyanyi lagi, kena balik, sebab cakap kat Mama balik kul 1. =.=
Semalam :
Pergi dinner kat Fullhouse Cafe dengan Khai, Aizyl, Kide, Chee Ling, Wei Bin dengan Sue Jane kat Ara Damansara.
Food dia so-so, tapi theme tempat tu agak menarik. White picket fences, rich green carpet, nampak macam cafe in some garden. About an hour later, Chau Ching dengan Elian sampai.
Ada gambar, tapi nanti la post. Penat seh nyanyi.
|
09 Feb 2009
|
Mari pancing udang |
|
Hari ini, saya pergi pancing udang kat Meru. Ada Syam, Pow, Bing, Aie dan saya. Below is a sketch of me having fun, represented by a mysterious boxed figure :
Saja tak letak orang-orang lain sebab aku nak korang focus kat aku sahaja.
Memandangkan ini first time aku, so banyak la udang yang dapat makan umpan free.
Hasil tangkapan : 1 - Syam, 3 - aku, 2 yang terlepas - owner kolam tu tolong tangkapkan. So 6 aku punya.
Pow dengan Bing lebih 6 ekor, Aie 5 ekor. Pastu in the end campurkan semua sekali, bahagi 4. Masing-masing dapat 300g udang.
Lain kali nak pergi lagi.
|
02 Feb 2009
|
Seorang dara bernama Nureani |
|
Nureani ni maid kat rumah aku.
Aku balik dari kelas tadi, dia dengan happy dan bangga dia cakap kat aku,
“Hari ni aku bukak blog!”
So dengan excitednya dia paksa aku cari blog dia. Common username dia is eni_y2j. Maka pencarian tu bermula. Dia boleh tak ingat URL dia. Pastu aku tidur petang, bangun-bangun je aku nampak dia tengah cuba nak register baru.
Tapi tak boleh register, sebab email dia dah dipakai. So aku tolong la sign in kan.
ID blog dia : eny_y2j, bukan eni.
Pastu dia tanya aku, nak tulis apa. Aku teringat aku kena tag kat facebook suruh tulis 25 random things pasal dia aku, so aku suruh dia tulis benda tu pasal diri dia. Pastu dia tanya, English ke BM ke Indo? Mana-mana lah kak..
Sedang aku tengah taip post ni, dia pun tengah taip kat dia punya. Tapi dia taip terhegeh-hegeh, baru 4 line. Aku punya dah siap dah.